Tuesday 17 May 2011

CINTA Part 1

CINTA...
tidak pernah meminta tp memberi, 
cinta membawa penderitaan, tetapi tidak pernah berdendam, tak pernah membalas dendam. 
Di mana ada cinta di situ ada kehidupan,
  Tuhan memberi kita 
2 kaki untuk berjalan, 
2 tangan untuk memegang, 2 telinga untuk mendengar dan 
2 mata untuk melihat
Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? 
Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya Cinta.

  Perasaan cinta dari mata, 
sedangkan rasa suka dimulai dari telinga. 
Jadi jika kamu mahu berhenti menyukai seseorang, cukup dengan menutup telinga. 
Tapi apabila kamu cuba menutup matamu dari orang yang kamu cintai, 
cinta itu berubah menjadi titisan air mata dan 
terus tinggal dihatimu dalam jarak waktu yang cukup lama.
Jangan melarikan diri dari 'cinta' 

apabila ia berada di hadapan kamu. 
Jangan melarikan diri daripadanya kerana suatu hari nanti, 
kamu pasti akan teringatkannya kembali dan menyesali perbuatan kamu itu. 

Cinta bukan mengajar kita lemah, 
tetapi membangkitkan kekuatan. 
Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, 
tetapi menghembuskan kegagahan. 
Cinta bukan melemahkan semangat, 
tetapi membangkitkan semangat.

 *thanks to u MASNAWI bin Ali , coz sharing ur LOVE with me





ialah hanyalah sekadar coretan, yang BAIK dijadikan contoh, yang BURUK jadikan pedoman