Tuesday 19 July 2011

TenTang DIE season 2

nak share sama2..ada terbaca so nak kongsi..mungkin ia betul mungkin tidak tp serba sedikit ia ada persamaan cikitlah...

..:: Kenali Perwatakan Melalui Kedudukan Dalam Keluarga ::..

ANAK SULUNG ( ME )
  • Sikap
  1. lebih matang berbanding usia anda.  
  2.  sering diberi kepercayaan memikul pelbagai tanggungjawab.
  3. berterus terang mengenai perasaan. 
  4. semua perkara berjalan mengikut perancangan anda.
  • Potensi kawan
Penyokong? Tentulah. Suka membantu? Memang dijanjikan. Kawan-kawan anda tahu mereka boleh menelefon anda pada bila-bila masa. Cuma yang perlu diingatkan, jangan hanya fikirkan kepentingan orang lain sehingga mengabaikan kepentingan anda sendiri. Selalunya anak sulung akan bertindak begini. Sepatutnya anda menjaga kepentingan sendiri juga.
  • Pasangan sesuai
Anda sudah biasa cuba melakukan semua perkara dengan sempurna dan menjadi contoh baik kepada adik-adik. Ini meningkatkan harapan anda terhadap orang lain yang mungkin agak sukar dikecapi. Anda mahu semua perkara dibuat mengikut cara anda. Perangai anda suka memerintah. Anda hanya boleh memikat lelaki pasif yag tidak kisah mengikut kehendak anda. Pasangan impian anda? Anak tengah sahaja sesuai menepati perangai anda itu.


ANAK BONGSU ( HIM )
  •  Sikap
Membesar di kalangan adik-beradik lebih tua, anda selalu mempunyai seseorang untuk menjaga kepentingan anda. Ini perkara semula jadi agar anda berasa selesa untuk mencuba sesuatu yang baru. Anda suka menonjolkan diri dalam pergaulan walaupun ada kalanya anda suka berlumba pada sesuatu keadaan (sebagai anak bongsu anda perlu mengikut jejak mereka yang lebih tua).

  • Potensi kawan
Anda sudah mempelajari pelbagai perkara dengan memerhati abang dan kakak anda. Jadi tidak menjadi masalah untuk bergaul dengan orang lain. Cabaran sebagai anak bongsu, anda selalu memberi pandangan berbeza dengan orang lain. Biarpun anda tidak suka bergaduh, anda selalu menimbulkan masalah.

  • Pasangan sesuai
Sekirannya anda mempunyai abang anda tidak perlu risau kerana sudah biasa bergaul dengan lelaki. Sekiranya anda mempunyai kakak, bercinta bukan suatu misteri kerana anda sudah mendengarnya melalui kakak. Pasangan paling ideal, mestilah si bongsu juga. Anda akan menjadi pasangan paling selesa dan serasi.

*Sulung - Bongsu

Kombinasi paling serasi. Si sulung dapat mengajarkan pasangannya, untuk bertindak lebih teratur dan dewasa, terutama saat menghadapi masalah serius. Sementara, si bongsu dapat seimbangkan sikap serius si sulung dengan mengajaknya bersantai atau sekadar duduk sambil berkhayal mengenai masa depan.

*SULUNG + BONGSU = PASANGAN BAHAGIA

Pasangan yg ideal & saling tertarik antara satu sama lain.Anak sulung mengajar perkara2 yg berkaitan dgn prinsip hidup Dan rancangan masa depan.Sementara anak bongsu membantu pasangan untuk lbh santai dlm menghadapi hidup.Sebaiknya ialah,isteri sulung sementara suami bongsu.Wanita yg lahir sbg anak sulung,sifat keibuannya sgt tinggi.sementara lelaki yg lahir sbg anak bongsu pula sentiasa memerlukan kehangatan seorg ibu.Dlm hal ini,mrk saling lengkap melengkapi.Namun perlu diingat,kebahagian dlm perkahhwinan bkn 'dilahirkan' tetapi 'diciptakan'.

SARANAN UNTUK PASANGAN INI

  1. Jgn sesekali membiarkan pasangan (bongsu) mengambil kesempatan ke atas anda.Terutamanya jika pasangan anda lelaki.
  2. Berusahalah agar dia sentiasa memahami bahawa perkara remeh-temeh di rumah,bkn hanya tugas atau tanggungjawab wanita seorang. 
  3. Jgn terlalu meperbesar-besarkan kelemahan pasangan anda.Krn setiap org mempunyai kelemahan,tetapi ia harus,diperbaiki dgn cara sebaik mungkin.
  4. Jgn terlalu drastik,tetapi pasti. Beri perhatian sepenuhnya antara satu sama lain.
  5. Komunikasi perlu sentiasa dijaga.Pastikan bahwa peranan anda Dan pasangan tetap seimbang dlm posisi yg wajar.


ialah hanyalah sekadar coretan, yang BAIK dijadikan contoh, yang BURUK jadikan pedoman

No comments:

Post a Comment