Friday 15 July 2011

Lelaki MERAJUK??


Kenapa merajuk??
  • 1. Cemburu :Ya, ini merupakan faktor utama kenapa si Dia merajuk. Dia cemburu disebabkan    ada sesuatu yang cuba mengambil anda dari dirinya. Seperti kawan-kawan, pekerjaan, keluarga dan sebagainya.
  • 2. Tidak dapat apa yang diinginkan : Si Dia menginginkan sesuatu dari anda, tetapi anda tidak memberikannya.
  • 3. Orang lain lebih hebat dari dia : Adakalanya dia akan merajuk untuk mendapatkan perhatian dari anda. Dan kadangkala, si Dia merajuk disebabkan ada sesuatu yang membuatkan dia berasa marah dan tidak selesa. Untuk mengubat perasaan dia itu, dia perlukan anda disamping dirinya tetapi dengan cara yang sangat berbeza -- merajuk. 

Tanda2 dia MERAJUK :

  • Diam Seribu Bahasa
Dia diam je sepanjang ada dengan kita. Walaupun kita bercakap dengannya, dia hanya mengiayakan atau dia anggukkan kepalanya saja. Dia sikit pun tak akan layan kita seperti sebelum ini
  • Buat Tak Tahu

Dia akan buat tak tahu dengan kita. Jika kita minta tolong dengan dia seperti kemaskan meja ke, dia buat acuh tak acuh je. Paling teruk, dia buat-buat tak dengar (pekak betul-betul baru tau!). Ini cara protes yang paling teruk sebab dia bukan je buat kita geram tapi buat seolah-olah kita ni tak wujud.

  • Masam Muka

Tindakan yang ni ialah tindakan yang paling kita geram. Dah lah tak nak cakap ngan kita dah tu nak tarik-tarik muka pulak. Tak puas hati la konon. Tapi adat la kalau orang dah merajuk. Perempuan pun lebih kurang je! (amik hanger, gantung kat muncung dia)

  • Keluar Rumah Tanpa Beritahu

Ada lelaki yang tak akan memberitahu mana dia nak pergi. Nak protes la tu kononnya. Kita jangan paksa dia untuk menjawab pertanyaan kita kerana confirm dia akan buat dek je!

  • Matikan Telefon Bimbit ( x selalu )

Ha ni satu lagi tabiat lelaki. Dia tak suka diganggu bila perasaannya tengah marah. Untuk mengelakkan kita mengganggu dia, dia akan matikan telefon bimbit dia & bagi alasan bateri kong. Alasan dia satu je, dia tak mahu dengar suara kita takut perasan marahnya lagi kuat... Alaa, bila dah rindu call jugak last-lastnyer!

  • Hisap rokok
Macam tak pernah dapat rokok setahun...ni yg paling tak tahan.sebab tak suka bau rokok...

Macamana nak pujuk?


Ok. Sekarang ini kita sudah mengetahui sebab kenapa si Dia boleh merajuk. Dan sekarang bagaimanakah cara untuk memujuknya. Diingatkan, tips-tips ini bukan langkah-langkah untuk memujuk, cuma sebagai panduan atau tips sahaja.

  • 1. Terangkan perkara sebenar
Adalah lebih mudah berkata benar dari berdusta. Ceritakan kepada si Dia apa yang berlaku pada anda dan tanya pada si Dia kenapa dia merajuk. Janganlah berselindung. Dengan mengwujudkan budaya bertanya dan berkata benar ini, dapat mengeratkan perhubungan kerana, anda mengambil berat si Dia. Ini juga bermaksud anda menunjukkan bahawa anda menyayangi dia.
  • 2. Bertolak ansurlah dan bijak dalam membuat keputusan
Memang sukar untuk kita bertolak ansur tetapi tidak bermakna kita kalah sekiranya kita mengalah. Dalam situasi sebegini, anda haruslah bijak dalam membuat sesuatu keputusan. Sekiranya si Dia merajuk dan anda tidak berjaya memujuknya, gunakan gaya anda yang tersendiri dalam memujuk hatinya. Dengan ini, anda kelihatan bijak dalam membuat keputusan.
  • 3. Ucapkan kata-kata "manis"
Manis tidak semestinya manis bukan? Ketika si Dia tengah merajuk, cuba anda bergurau senda dengan dia dengan menggelarkan si Dia, "bucuk", "comot", "manje" dan sebagainya. Dalam pada itu, selit-selitkan ayat-ayat power anda dalam perbualan tetapi masih mengekalkan perkataan-perkataan manis seperti yang saya sebutkan tadi.
  • 4. Nyanyikan lagu buatnya
Ha...tips ini merupakan bagi saya tips yang paling ultimate. Kalau ditanya, berapa ramai yang sanggup nyanyi untuk kekasihnya? Pernah tak anda menyanyikan lagu untuk kekasih anda? Mungkin jawapannya ramai yang mengatakan tidak. Tetapi, saya pernah. Saya tidak berkata bohong. Saya pernah dendangkan lagu kepada kekasih saya. Dan kami siap berkaraoke di dalam phone lagi. Kami berduet bersama-sama. Adakah si Dia akan tersenyum dan ketawa? Sudah pasti ya. Kerana dapat mendengar suara buah hatinya menghiburkan dirinya. Tidakkah ianya menggembirakan? Sudah pasti senyuman terukir di bibirnya.

Seperti yang saya katakan tadi, tips-tips ini bukanya langkah-langkah tetapi merupakan panduan bagi anda dalam memujuk pasangan anda. Mungkin ada di antara tips ini tidak sesuai dilakukan kepada pasangan anda tetapi tips ini mungkin berjaya membuatkan si Dia tersenyum.


ialah hanyalah sekadar coretan, yang BAIK dijadikan contoh, yang BURUK jadikan pedoman

1 comment:

  1. aku datang sini n follow.. hihi.. follow aku balik ek.. kalau sudi support aku kat cni jgk ;)

    http://www.facebook.com/pages/Blog-QistiNasha-Cerita-Sehari-hari-/171914226209300?sk=wall

    ReplyDelete