Thursday 18 August 2011

Dugaan~

                 bulan Ramadhan adalah satu bulan yg penuh dengan rahmat..bulan ramadhan aku pada tahun ni tak seperti tahun2 yg lepas...Tahun ni betul2 mengajar aku erti kesabaran yg tinggi..tahun ni adalah tahun ke 2 aku berpose sorang tanpa famili disisi aku..waaaa~ sedih..
Sejak aku dpt kerja di Muadzam Shah , kehidupan aku tak pernah rasa gembira..hati aku selalu menangis,sunyi,sepi tanpa org yg aku sayangi..tapi mengenangkan mencari rezeki aku akur dengan ketentuan illahi..
                Setiap manusia pernah melakukan kesilapan dalam hidup..begitu jugak aku..Pd awal tahun ni aku telah melakukan 1 kesilapan yg amat besar yang memberi kesan hitam dalam hidupku..mungkin ini pengajaran Illahi pada aku..aku terima dengan redha..Disebabkan 1 kejadian hitam ni,pelbagai dugaan aku terima di tempat aku mencari rezeki..pelbagai fitnah dilemparkan,tomahan,kejian..aku redha..aku paham dengan kedudukan aku di tempat kerja ku..
              Yang membuatkan aku marah adalah aku tak pernah jumpa mulut lelaki yg lebih teruk dr perempuan melainkan kat tempat aku..nak dikatakan nisbah lelaki : nisbah perempuan adalah 7: 3.punya ramai lelaki di sini..tetapi mulut mengalahkan perempuan..arini air mata yg aku tahan selama ini akhirnya gugur jugak..aku dah tak mampu lagi nak bendung.nasib baik Mr Abg sentiasa ada di 'sebelah' aku walaupun hanya suara yg penting die sentiasa ada di saat aku amat memerlukan nya..terima kasih sayang..



ialah hanyalah sekadar coretan, yang BAIK dijadikan contoh, yang BURUK jadikan pedoman

Tuesday 19 July 2011

TenTang DIE season 2

nak share sama2..ada terbaca so nak kongsi..mungkin ia betul mungkin tidak tp serba sedikit ia ada persamaan cikitlah...

..:: Kenali Perwatakan Melalui Kedudukan Dalam Keluarga ::..

ANAK SULUNG ( ME )
  • Sikap
  1. lebih matang berbanding usia anda.  
  2.  sering diberi kepercayaan memikul pelbagai tanggungjawab.
  3. berterus terang mengenai perasaan. 
  4. semua perkara berjalan mengikut perancangan anda.
  • Potensi kawan
Penyokong? Tentulah. Suka membantu? Memang dijanjikan. Kawan-kawan anda tahu mereka boleh menelefon anda pada bila-bila masa. Cuma yang perlu diingatkan, jangan hanya fikirkan kepentingan orang lain sehingga mengabaikan kepentingan anda sendiri. Selalunya anak sulung akan bertindak begini. Sepatutnya anda menjaga kepentingan sendiri juga.
  • Pasangan sesuai
Anda sudah biasa cuba melakukan semua perkara dengan sempurna dan menjadi contoh baik kepada adik-adik. Ini meningkatkan harapan anda terhadap orang lain yang mungkin agak sukar dikecapi. Anda mahu semua perkara dibuat mengikut cara anda. Perangai anda suka memerintah. Anda hanya boleh memikat lelaki pasif yag tidak kisah mengikut kehendak anda. Pasangan impian anda? Anak tengah sahaja sesuai menepati perangai anda itu.


ANAK BONGSU ( HIM )
  •  Sikap
Membesar di kalangan adik-beradik lebih tua, anda selalu mempunyai seseorang untuk menjaga kepentingan anda. Ini perkara semula jadi agar anda berasa selesa untuk mencuba sesuatu yang baru. Anda suka menonjolkan diri dalam pergaulan walaupun ada kalanya anda suka berlumba pada sesuatu keadaan (sebagai anak bongsu anda perlu mengikut jejak mereka yang lebih tua).

  • Potensi kawan
Anda sudah mempelajari pelbagai perkara dengan memerhati abang dan kakak anda. Jadi tidak menjadi masalah untuk bergaul dengan orang lain. Cabaran sebagai anak bongsu, anda selalu memberi pandangan berbeza dengan orang lain. Biarpun anda tidak suka bergaduh, anda selalu menimbulkan masalah.

  • Pasangan sesuai
Sekirannya anda mempunyai abang anda tidak perlu risau kerana sudah biasa bergaul dengan lelaki. Sekiranya anda mempunyai kakak, bercinta bukan suatu misteri kerana anda sudah mendengarnya melalui kakak. Pasangan paling ideal, mestilah si bongsu juga. Anda akan menjadi pasangan paling selesa dan serasi.

*Sulung - Bongsu

Kombinasi paling serasi. Si sulung dapat mengajarkan pasangannya, untuk bertindak lebih teratur dan dewasa, terutama saat menghadapi masalah serius. Sementara, si bongsu dapat seimbangkan sikap serius si sulung dengan mengajaknya bersantai atau sekadar duduk sambil berkhayal mengenai masa depan.

*SULUNG + BONGSU = PASANGAN BAHAGIA

Pasangan yg ideal & saling tertarik antara satu sama lain.Anak sulung mengajar perkara2 yg berkaitan dgn prinsip hidup Dan rancangan masa depan.Sementara anak bongsu membantu pasangan untuk lbh santai dlm menghadapi hidup.Sebaiknya ialah,isteri sulung sementara suami bongsu.Wanita yg lahir sbg anak sulung,sifat keibuannya sgt tinggi.sementara lelaki yg lahir sbg anak bongsu pula sentiasa memerlukan kehangatan seorg ibu.Dlm hal ini,mrk saling lengkap melengkapi.Namun perlu diingat,kebahagian dlm perkahhwinan bkn 'dilahirkan' tetapi 'diciptakan'.

SARANAN UNTUK PASANGAN INI

  1. Jgn sesekali membiarkan pasangan (bongsu) mengambil kesempatan ke atas anda.Terutamanya jika pasangan anda lelaki.
  2. Berusahalah agar dia sentiasa memahami bahawa perkara remeh-temeh di rumah,bkn hanya tugas atau tanggungjawab wanita seorang. 
  3. Jgn terlalu meperbesar-besarkan kelemahan pasangan anda.Krn setiap org mempunyai kelemahan,tetapi ia harus,diperbaiki dgn cara sebaik mungkin.
  4. Jgn terlalu drastik,tetapi pasti. Beri perhatian sepenuhnya antara satu sama lain.
  5. Komunikasi perlu sentiasa dijaga.Pastikan bahwa peranan anda Dan pasangan tetap seimbang dlm posisi yg wajar.


ialah hanyalah sekadar coretan, yang BAIK dijadikan contoh, yang BURUK jadikan pedoman

Friday 15 July 2011

Lelaki MERAJUK??


Kenapa merajuk??
  • 1. Cemburu :Ya, ini merupakan faktor utama kenapa si Dia merajuk. Dia cemburu disebabkan    ada sesuatu yang cuba mengambil anda dari dirinya. Seperti kawan-kawan, pekerjaan, keluarga dan sebagainya.
  • 2. Tidak dapat apa yang diinginkan : Si Dia menginginkan sesuatu dari anda, tetapi anda tidak memberikannya.
  • 3. Orang lain lebih hebat dari dia : Adakalanya dia akan merajuk untuk mendapatkan perhatian dari anda. Dan kadangkala, si Dia merajuk disebabkan ada sesuatu yang membuatkan dia berasa marah dan tidak selesa. Untuk mengubat perasaan dia itu, dia perlukan anda disamping dirinya tetapi dengan cara yang sangat berbeza -- merajuk. 

Tanda2 dia MERAJUK :

  • Diam Seribu Bahasa
Dia diam je sepanjang ada dengan kita. Walaupun kita bercakap dengannya, dia hanya mengiayakan atau dia anggukkan kepalanya saja. Dia sikit pun tak akan layan kita seperti sebelum ini
  • Buat Tak Tahu

Dia akan buat tak tahu dengan kita. Jika kita minta tolong dengan dia seperti kemaskan meja ke, dia buat acuh tak acuh je. Paling teruk, dia buat-buat tak dengar (pekak betul-betul baru tau!). Ini cara protes yang paling teruk sebab dia bukan je buat kita geram tapi buat seolah-olah kita ni tak wujud.

  • Masam Muka

Tindakan yang ni ialah tindakan yang paling kita geram. Dah lah tak nak cakap ngan kita dah tu nak tarik-tarik muka pulak. Tak puas hati la konon. Tapi adat la kalau orang dah merajuk. Perempuan pun lebih kurang je! (amik hanger, gantung kat muncung dia)

  • Keluar Rumah Tanpa Beritahu

Ada lelaki yang tak akan memberitahu mana dia nak pergi. Nak protes la tu kononnya. Kita jangan paksa dia untuk menjawab pertanyaan kita kerana confirm dia akan buat dek je!

  • Matikan Telefon Bimbit ( x selalu )

Ha ni satu lagi tabiat lelaki. Dia tak suka diganggu bila perasaannya tengah marah. Untuk mengelakkan kita mengganggu dia, dia akan matikan telefon bimbit dia & bagi alasan bateri kong. Alasan dia satu je, dia tak mahu dengar suara kita takut perasan marahnya lagi kuat... Alaa, bila dah rindu call jugak last-lastnyer!

  • Hisap rokok
Macam tak pernah dapat rokok setahun...ni yg paling tak tahan.sebab tak suka bau rokok...

Macamana nak pujuk?


Ok. Sekarang ini kita sudah mengetahui sebab kenapa si Dia boleh merajuk. Dan sekarang bagaimanakah cara untuk memujuknya. Diingatkan, tips-tips ini bukan langkah-langkah untuk memujuk, cuma sebagai panduan atau tips sahaja.

  • 1. Terangkan perkara sebenar
Adalah lebih mudah berkata benar dari berdusta. Ceritakan kepada si Dia apa yang berlaku pada anda dan tanya pada si Dia kenapa dia merajuk. Janganlah berselindung. Dengan mengwujudkan budaya bertanya dan berkata benar ini, dapat mengeratkan perhubungan kerana, anda mengambil berat si Dia. Ini juga bermaksud anda menunjukkan bahawa anda menyayangi dia.
  • 2. Bertolak ansurlah dan bijak dalam membuat keputusan
Memang sukar untuk kita bertolak ansur tetapi tidak bermakna kita kalah sekiranya kita mengalah. Dalam situasi sebegini, anda haruslah bijak dalam membuat sesuatu keputusan. Sekiranya si Dia merajuk dan anda tidak berjaya memujuknya, gunakan gaya anda yang tersendiri dalam memujuk hatinya. Dengan ini, anda kelihatan bijak dalam membuat keputusan.
  • 3. Ucapkan kata-kata "manis"
Manis tidak semestinya manis bukan? Ketika si Dia tengah merajuk, cuba anda bergurau senda dengan dia dengan menggelarkan si Dia, "bucuk", "comot", "manje" dan sebagainya. Dalam pada itu, selit-selitkan ayat-ayat power anda dalam perbualan tetapi masih mengekalkan perkataan-perkataan manis seperti yang saya sebutkan tadi.
  • 4. Nyanyikan lagu buatnya
Ha...tips ini merupakan bagi saya tips yang paling ultimate. Kalau ditanya, berapa ramai yang sanggup nyanyi untuk kekasihnya? Pernah tak anda menyanyikan lagu untuk kekasih anda? Mungkin jawapannya ramai yang mengatakan tidak. Tetapi, saya pernah. Saya tidak berkata bohong. Saya pernah dendangkan lagu kepada kekasih saya. Dan kami siap berkaraoke di dalam phone lagi. Kami berduet bersama-sama. Adakah si Dia akan tersenyum dan ketawa? Sudah pasti ya. Kerana dapat mendengar suara buah hatinya menghiburkan dirinya. Tidakkah ianya menggembirakan? Sudah pasti senyuman terukir di bibirnya.

Seperti yang saya katakan tadi, tips-tips ini bukanya langkah-langkah tetapi merupakan panduan bagi anda dalam memujuk pasangan anda. Mungkin ada di antara tips ini tidak sesuai dilakukan kepada pasangan anda tetapi tips ini mungkin berjaya membuatkan si Dia tersenyum.


ialah hanyalah sekadar coretan, yang BAIK dijadikan contoh, yang BURUK jadikan pedoman

TenTang DIE season 1

Zodiac si DIE : Leo 
Dia seorang yang agak tinggi ,kurus , gerakanya cepat tetapi lembut. Matanya besar dan menarik , dan rambutnya ikal .Bibirnya mungkin nipis .Dia suka menolong dan membantu orang. Dia berkeyakinan dan berpersonaliti kuat , ini membolehkannya maju dan memimpin . Dia juga suka menjadi popular dan di puji .Kehidupan cinta adalah penting padanya kerana dengan adanya orang yang mengasihinya membuatkan dirinya penting .Bila dia terlibat dalam hal romantik , dia mudah bernafsu tetapi mudah pula reda Rupanya yang tampan dan yakin menyebabkan pasangannya merasa bertuah , tapi pasanganya perlulah menghormatinya , dan setia, kerana dia adalah lelaki yang cemburu, dari itu sebagai isterinya , jangan   mudah anda melihat atau merngerling lelaki lain .Lelaki ini percaya kepada perkahwinan dan menganggap rumahnya sebagai tempat berehat , dan isterinya memberikan keselesaan setelah dia penat bekerja.


Orang nya: Penyayang, warm hearted, tidak kedekut bila mahu berkongsi kesenangan dan kemewahan dengan orang yang disayangi nya. Jejaka Leo ini juga seorang yang ambitious, self-centered tapi tak ego.(kadang-kadang je ego). Pandai berkata-kata.


Tips utk memikat: Sebagai perempuan, harus lah menunjukkan kewanitaan yang selembut-lembutnya. Kena tahu bagaimana menilai dan menghargai setiap ciri dan kualiti ada pada jejaka leo.


WARNING: Jangan.. saya ulangi.. JANGAN bercakap atau memuji lelaki lain di hadapan LEO. Mereka tak suka dibanding-bandingkan dengan orang lain.. mereka tu sensitif! Sikit sikit tak boleh, nanti merajok, balik bilang mak

ialah hanyalah sekadar coretan, yang BAIK dijadikan contoh, yang BURUK jadikan pedoman